joey's FotoPage

By: joey ahp

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 6 photos...


Saturday, 30-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark

PERKHEMAHAN BELIA KEBANGSAAN KE IV, 2005
Negara Brunei Darussalam
Anjuran
Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam


1. MUKADIMAH

Bagi mengisi aktiviti Cuti Persekolahan Penggal terakhir tahun ini, Jabatan Belia dan Sukan menganjurkan Perkhemahan Belia Kebangsaan buat kali yang ke 4; dimana kali terakhir ianya telah diadakan pada 5 hingga 10 Mei 1997 bertempat di Taman Rekreasi Kampong Parit, Mukim Pengkalan Batu akan tetapi perkhemahan belia yang berbentuk kedaerahan sering diadakan setiap tahun bagi memenuhi kehendak para belia disetiap daerah.

Berpandukan kepada penilaian yang telah dilaksanakan pada setiap projek yang telah dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan, ‘ranking’ bagi perkhemahan amat tinggi permintaanya. Dari itu pihak Jabatan mengambil inisiatif untuk mengadakan Perkhemahan Belia Kebangsaan yang ke IV, dengan menjemput para belia dari Negeri Sabah dan Sarawak bagi memeriahkan lagi perkhemahan tersebut selain mengeratkan tali silaturrahim, bertukar-tukar aktiviti dan berkongsi pengelaman para belia Negara Brunei Darussalam dan negeri jemputan.

Melalui Perkhemahan Kebangsaan ini nanti banyak aktiviti-aktiviti yang dirancang memerlukan kekuatan mental dan fizikal para belia dan apa yang diharapkan dengan menyertai aktiviti-aktiviti itu nanti akan tercapai lah hasrat dan objektif perkhemahan ini.


2. TUJUAN

2.1. Untuk meningkatkan lagi persefahaman dan mengeratkan tali silaturrahim para belia dari Negara Brunei Darussalam dengan para belia dari Negeri Sabah dan Sarawak, Malaysia.

2.2. Untuk memberi kesedaran dalam mewujudkan semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab terhadap diri, kumpulan, masyarakat, ugama, bangsa dan Negara.

2.3. Untuk meningkatkan motivasi diri kearah hidup berdikari serta pandai menggunakan masa dengan bijak dan teratur

2.4. Untuk melatih para belia agar bersemangat cekal, yakin diri dan berani menghadapi cabaran hidup


3. LOKASI

Perkhemahan ini akan berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Berakas.


4. JANGKA MASA

Perkhemahan ini akan berjalan selama 12 hari bermula pada 8 hingga 19 Zulkaedah 1426 bersamaan dengan 10 hingga 21 Disember 2005.



5. PENYERTAAN

5.1. Penyertaan hanya terbuka kepada belia-belia yang berumur diantara 17 hingga ke 25 tahun

5.2. Setiap daerah dikehendaki menghantar seramai 30 orang Peserta yang terdiri daripada 15 orang peserta lelaki dan 15 orang peserta perempuan

5.3. Setiap daerah dimestikan mencalunkan seorang Pegawai untuk menjadi Ketua Delegasi Daerah

5.4. Penyertaan juga menjemput seramai 10 orang Peserta Jemputan dan seorang pegawai dari Negeri Sarawak dan 10 orang Peserta Jemputan dan seorang pegawai dari Negeri Sabah, Malaysia.


6. KANDUNGAN AKTIVITI.

6.1. Suai Kenal

6.2. Senaman Pagi

6.3. Upacara Menaik turun Bendera

6.4. Latihan Kepimpinan

6.5. Jati Diri

6.6. Ikhtiar Diri

6.7. Berjalan Malam ‘Night March’

6.8. Orienteering

6.9. Obstacle

6.10. Kemahiran

6.11. Pameran Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah-Daerah

6.12. Persembahan

6.13. Malam Wassini

6.14. Tinggal Bersama Keluarga Angkat

6.15 Kerja-Kerja Kemaysarakatan

6.16. Malam Kebudayaan

6.17. Sukan dan Permainan


7. PEMBANTU AM

7.1. Seramai 12 orang Ahli Bulan Sabit Merah akan diperbantukan dalam Jawatan Kuasa Kerja Bagi mengawasi kesejahteraan Peserta

7.2. Seramai 12 orang Ahli Badan Sukarelawan Belia Kebangsaan akan diserapkan dalam Ahli Jawatankuasa Kerja sebagai Pembantu Am

7.3. Seramai 12 orang Bekas Peserta Program Belia ‘Batuah’ akan diserapkan dalam Ahli Jawatankuasa Kerja sebagai Pembantu Am.


8. ORGANISASI-ORGANISASI BANTUAN

8.1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
8.2. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
8.3. Pasukan Polis Diraja Brunei
8.4. Kementerian Kesihatan, Hospital RIPAS
8.5. Jabatan Radio dan Televisyen Brunei
8.6. Jabatan Penerangan
8.7. Jabatan Perhutanan
8.8. Pusat Da’wah Islamiah
8.9. Pejabat Daerah Brunei dan Muara
8.10. Pejabat Daerah Tutong
8.11. Outward Bound Brunei Darussalam
8.12. Persatuan Bulan Sabit Merah
8.13. Badan Sukarelawan Belia Kebangsaan
8.14. Bekas Peserta Program Belia ‘Batuah’




Disediakan oleh
Unit Outreach Kemasyrakatan dan Wanita
Bahagian Belia
Jabatan Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam


E.Mail : outreach.jbs@gmail.com





Tuesday, 26-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
EKSPLORASI BELIA BERKAYAK KE PULAU-PULAU

EKSPLORASI BELIA BERKAYAK KE PULAU-PULAU
Anjuran
Jabatan Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam




PENGENALAN

Kegiatan-kegiatan agresif dan mencabar yang memerlukan keberanian dan ketabahan minda dan fizikal sememangnya telah menjadi pilihan bagi para belia sejak sekian lama lagi.

Selain dari mengeratkan integrasi para belia yang mempunyai minat yang sama, peserta-peserta juga berpeluang berkongsi pengalaman, pemikiran dan idea mereka melalui kegiatan eksplorasi seperti ini.

Jabatan Belia dan Sukan mengharapkan aktiviti seumpama ini akan dapat menarik penglibatan belia semaksimanya, baik sebagai peserta eksplorasi ataupun sebagai tenaga sukarelawan yang akan membantu aktiviti ini untuk lebih berjaya dan berkesan lagi.



TUJUAN

* Untuk memberi kesedaran dalam mewujudkan semangat kerjasama dan rasa
tanggungjawab terhadap diri, kumpulan dan masyarakat, ugama, bangsa dan Negara

* Untuk membina para belia agar mempunyai semangat cekal, yakin diri dan berani menghadapi cabaran hidup

* Untuk meningkatkan tali silaturrahim dan semangat setiakawan di kalangan para belia dan masyarakat

* Untuk memberikan pendedahan kepada para belia dengan aktiviti-aktiviti yang agresif dan mencabar dengan menepati kehendak belia masa kini

* Untuk memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar.


LOKASI

Eksplorasi ini akan dijalankan bermula dari Kompleks Sukan Air Serasa dan bergerak menuju ke pulau-pulau diperairan Sungai Brunei, kampong-kampong di-Muara Sungai Brunei dan akan kembali ke Kompleks Sukan Air Serasa.

• Peta perjalanan seperti yang dilampirkan.



JANGKA MASA

Eksplorasi ini akan berjalan selama 5 hari bermula pada 5 hingga 9 Syaaban 1426 bersamaan dengan 9 hingga 13 September 2005 [Hari Jumaat hingga Selasa].

PENYERTAAN

* Penyertaan hanya terbuka kepada belia yang berumur diantara 18 hingga 25 tahun yang belum pernah mengikuti aktiviti berkayak yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan

* Seramai 40 orang belia yang mewakili dari ke empat-empat daerah dijangka akan menyertai seperti pecahan dibawah ini:-

* Daerah Brunei / Muara - 16 orang [8 Lelaki dan 8 Perempuan]
** Daerah Tutong - 8 orang
** Daerah Belait - 8 orang
** Daerah Temburong - 8 orang [** 4 Lelaki dan 4 Perempuan]

LATIHAN PESERTA

Peserta akan diberikan penerangan dan tunjuk cara menggunakan kayak dan ciri-ciri keselamatan daripada jurulatih yang berpengelaman sebelum eksplorasi dimulakan.

KELENGKAPAN

Peralatan kayak dan Jaket keselamatan akan disediakan oleh pihak penganjur.

MAKAN DAN MINUM

* Sebahagian permakanan akan disediakan oleh pihak penganjur dan sebahagian lagi akan dibawa sendiri oleh peserta

* Peserta dan Ahli Jawatankuasa akan memasak secara berkumpulan.

PAKAIAN

* Semua peserta di kehendaki memakai pakaian yang bersesuaian
[tidak menjolok mata] mengikut attire di bawah ini:-

. Attire ‘A’ – Baju Sukan / Sandal Sukan
Attire ‘B’ – Baju Bebas / Sandal Sukan

* Peserta perempuan DIWAJIBKAN MEMAKAI TUDONG di sepanjang eksplorasi berjalan

* Semua peserta diingatkan membawa peralatan diri yang cukup bagi tempoh 5 hari eksplorasi


SYARAT-SYARAT LAIN YANG DIPERLUKAN

* Setiap peserta dikehendaki menjalani ujian kesihatan yang dikendalikan oleh pihak penganjur sebelum eksplorasi berjalan bagi memastikan peserta ‘fit’ untuk mengikuti eksplorasi ini

* Setiap peserta mestilah menyediakan peralatan peribadi

* Keselamatan peserta sepanjang eksplorasi adalah tanggungjawab peserta itu sendiri akan tetapi pihak penganjur akan mengambil berat dan berusaha bagi memastikan keselamatan para peserta sebaik mungkin

* Pihak penganjur akan membiayai perlindungan Insuran sepanjang eksplorasi dijalankan

* Setiap peserta tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan eksplorasi ini tanpa kebenaran dari pihak penganjur

SIJIL PENYERTAAN

Semua peserta yang menamatkan eksplorasi ini akan di berikan sijil penyertaan.



Monday, 25-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Program Belia "betuah"

 
 
 
View all 18 photos...
Program Belia “batuah”



Selama 2 tahun program belia ‘batuah’ telah dapat diungkayahkan dengan jayanya; dimana setiap peserta program telah memberikan komitmen yang begitu tinggi kearah keberkesanan program ini. Sepanjang program ini berjalan banyak masalah telah dapat dikupas yang mana antaranya telah dapat diatasi umpamanya sifat dan karaktor setiap peserta.

Sehubungan dengan kejayaan program ini maka ianya akan dijadikan projek sepanjang tahun iaitu se tahun diadakan sebanyak dua kali agar masalah-masalah yang dikenal pasti akan dapat dikurangkan dengan penambahan dan memanjangkan tempoh fasa-fasa yang dapat menarik minat dan mengubah minda peserta program untuk lebih berkeyakinan dan dapat meninggikan lagi taraf pendidikan ‘non formal’ dalam pembangunan diri mereka.


Tujuan

* Memberi kesedaran dalam mengwujudkan semangat kerjasama dan sikap
bertanggungjawab terhadap diri, kumpulan, masyarakat, ugama, bangsa dan
negara

* Memberi kesedaran tentang ujudnya peluang-peluang pekerjaan yang boleh
diceburi oleh para belia dinegara ini

* Meningkatkan motivasi diri kearah hidup berdikari serta pandai menggunakan
masa dengan bijak dan teratur

* Melatih para belia agar bersemangat cekal, yakin diri dan berani menghadapi
cabaran hidup


Syarat-Syarat Penyertaan

Terbuka kepada belia-belia lepasan sekolah dan yang sedang menunggu peluang pekerjaan terdiri dari Rakyat kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam

* Bujang berumur 17 tahun hingga 25 tahun

* Hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ibubapa / Penjaga


Setiap kali Program ini diadakan seramai 50 orang peserta dari seluruh negara.
akan menyertai Program Belia “batuah” ini.



Format Penggendalian

Program ini akan berjalan mengikut fasa-fasa berikut :

1. Fasa I : Interaksi Program Belia ‘batuah’ [ 1 hari ]

2. Fasa II : Minggu Kerja Belia ‘batuah’ [ 30 hari ]

3. Fasa III : Kem - [ 14 hari termasuk 4 hari di Outward Bound Brunei ]


Keterangan mengenai Fasa-Fasa :

1. Fasa I : Interaksi Program Belia ‘batuah’ akan diadakan selama 1 hari di
setiap daerah bertempat di Pusat Belia daerah masing-masing


1.1. Ujian amali dan Lisan
1.2. Latihan kepimpinan
1.3. Sukan dan permainan
1.4. Perlantikan ahli jawatankuasa peserta belia ‘batuah’

Perjumpaan, Penerangan perjalanan program dengan
ibubapa/Penjaga setengah hari.


3. Fasa II : Minggu Kerja Belia ‘batuah’ - [ 30 hari]

3.1. Setiap kumpulan daerah akan mendapatkan wang untuk program
Fasa III Program Belia ‘batuah’. Ianya samada mencari kerja
kerumah-rumah ataupun menjual barang-barang untuk di recycle
[ terpulang kepada keputusan kumpulan masing-masing] ataupun
berdagang.


4. Fasa III : Kem [ 2 minggu]

Fasa III ini mengandongi kem indoor dan outdoor dan kem latihan

4.1. Kem Indoor, antara aktivitinya ialah:

a. Program pembangunan diri :-

- Latihan dari sudut meningkatkan keyakinan diri,
penampilan dan cara berkomunikasi yang berkesan
melalui ceramah-ceramah

- Bengkel-bengkel singkat seperti Bengkel Persiapan
diri menghadapi alam pekerjaan, persiapan memohon
pekerjaan, cara menulis biodata [cv] dan lain-lain

-. Lawatan sambil belajar seperti ke Sekolah Vokasional
dan maktab teknik

-. Latihan dan praktikal untuk meningkatkan kemahiran
diri

- Lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan dan swasta

- Tinggal bersama atau Lawatan sambil belajar ke
kampong-kampong bagi mengenali usahawan
kecil-kecilan

- Ceramah motivasi

- Kaji Selidik

-. Qiamullail / Kuliah Subuh / Kelas Ugama

- Kerja kemasyarakatan

- Aktiviti ingin-ingin hati [ sukan dan rekreasi ]

- Persembahan Kebudayaan

- Majlis penyampaian Sijil


b. Orientaring 1 hari 1 malam. Aktiviti yang dijalankan
termasuk :-

- Memasak secara berkumpulan

- Latihan Kepimpinan


4,2, Kem Latihan ke Outward bound Brunei Darussalam selama
3 hari 2 malam.. Aktivitinya akan di aturkan oleh pihak OBBD
sendiri.

Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta-peserta yang menyertai program ini dari fasa I hinggalah fasa iii


JAWATANKUASA


Ketua Penyelaras : Awang Mohd, Nasir bin Haji Pungut [Ketua]

Penyelaras HQ : Awang Abdul Aziz bin Haji Ahmad

Dayang Roszainah binti Rosman

Dayang Diana binti Haji Alias

Awang Haji Mohamad Wardi bin Ismail

Penyelaras Daerah :

Brunei Muara : Awang Matius Datu

Belait : Awang Gaung Jamit

Temburong : Awang Mohammad Adi Shariman
bin Haji Aji

Tutong : Dayang Norainah binti Haji Abdul Hadi




















Saturday, 9-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Penyelaras Anugerah Remaja Putera

 
 
 
View all 24 photos...
BENGKEL PENYELARAS ANUGERAH REMAJA
Anjuran
JABATAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Tarikh : Bengkel ini telah diadakan pada 23 hingga 26 Mei 2005.

Tempat : Bilik Kuliah Stadium Negara hassanal Bolkiah, Berakas



“The Duke of Edinburgh Award for Young People”, merupakan Program Anugerah Remaja yang bertaraf Antarabangsa diperkenalkan di United Kingdom pada tahun1956.
Kini program anugerah seumpama ini sedang dilaksanakan oleh lebih daripada 130 buah Negara di seluruh dunia. Program anugerah ini merupakan satu-satunya program yang memberikan rangsangan dan penekanan kepada pembangunan kendiri remaja. Program ini juga merupakan satu-satunya program yang mengiktirafkan penglibatan golongan muda yang berusia disekitaran 14 hingga 25 tahun. Anugerah yang berprestij ini juga adalah untuk Menentukan pencapaian peri badi bagi golongan muda untuk mereka mengenali diri sendiri dalam membentuk diri mereka menjadi golongan belia yang bertanggungjawab, berdisiplin dan berwawasan.

Kearah pelaksanaan Anugerah Remaja ini, diadakan bengkel penyelaras untuk agensi-agensi pendukong termasuk pemimpin-pemimpin belia.


Bengkel ini bertujuan untuk :

* Memberikan maklumat dan pengenalan awal tentang Anugerah Remaja kepada
pemimpin-pemimpin Belia di Negara Brunei Darussalam.

* Bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam membentuk penyelarasan program
anugerah ini di Negara Brunei Darussalam.


2 orang FASILITATOR terdiri daripada Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.telah dijemput bagi mengandalikan bengkel ini.


Seramai 53 orang peserta telah pun menghadiri bemgkel tersebut. Penyertaan adalah terdiri daripada Pemimpin-Pemimpin Persatuan Belia dan pegawai-pegawai kerajaan,
yang dipilih secara jemputan oleh pihak Jabatan.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah pun disempurnakan oleh Tetamu Kehormat
Yang Mulia Awang Japar bin Bangkol, Pengarah Belia dan sukan, Negara Brunei Darussalam pada 26 Mei, 2005 jam 10.30 pagi.



Disedikan oleh
Unit Outreach, Kemasyarakatan dan Wanita
Bahagian Belia
Jabatan Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam


E>Mail : outreach.jbs@gmail.com








[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net